Aug 13, 2010

musim bunga api

5:30 PM
reactions 
harini baru minggu pertama puasa. aku jamin kat malaysia dah berperang main bunga api. lawan meriam buluh ngan kampung sebelah. eh mana ada. dengan jiran sebelah. boleh pulak nak lawan  meriam  buluh ngan jiran? kongsi sudah. hahaha

aku ada adik bongsu yang berusia 7 tahun. sah-sah la nak main bunga api. tak payah salahkan adik la kak. kalau abah aku beli aku pun nak main jugak! hahahaha

nak cerita sikit perihal bunga api ketika puasa di perantauan. sekarang cuti musim panas dah pun bermula. maka memang sinonim la dengan bunga api. hanabi taikai di mana-mana. dekat konbini (convenient store) pun dah mula jual bunga api. YES! kat jepun boleh main bunga api sewenang-wenangnya. dengan syarat kena main berdekatan dengan kawasan yang ada sumber air. kalau  nak main kat taman pun kena bawak air. untuk mengelakkan sebarang kecederaan ataupun kebakaran.

Alhamdulillah bulan puasa jatuh betul-betul dalam musim panas. so boleh la tingkatkan suasana ramadhan dan semangat nak raya tu dengan  bermain bunga api. jangan nak tipu la. kalau raya xde bunga api tak seronok okeh!jadi, silalah dengki dengan kami sebab boleh beli dan main bunga api secara sah dan halal. tak perlu takut polis datang serang hehe melainkan korang g jalan2 bawak kereta xde lesen memandu

bunga api yang menguji kesabaran








apabila seorang berjaya membuat bentuk 

yang lain pun nak buat jugak

macam version lah jadi nya






2 ♥:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin on August 13, 2010 at 10:50 PM said...

ceit,padanlah manga Naruto semua tak kuar.ada pesta apa ntah kat Jepun.

cKyN WaN on August 14, 2010 at 10:09 AM said...

haha ada kaitan ke?
tapi jepun memang banyak pesta
sekarang ni pun ngah cuti obon
bon odori penah dengar?

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting