Aug 10, 2010

puasa di perantauan di musim panas

9:11 AM
reactions 
assalamualaikum =)
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Alhamdulillah masih lagi sempat nak berhadapan ngan bulan Ramadhan , insyaAllah. esok start puasa. =) tapi sedih jugak la. sahur sorang2. bukak puasa pun sorang. dah duk sorang apa yang kau harapkan? haha dah la sekarang ni cuti musim panas dah pun bermula. so semua orang dah merayau2 ke sana ke mari. tinggallah aku kat sini terkontang-kanting. tak boleh la buat macam orang lain. aku nak kena p lab. naseb baik sensei xde this week, so bermalasan la jawabnye hahaha

waktu solat untuk hari ini


oh, citer pasal bulan puasa ni pulak. bersyukur aku diberi peluang dapat puasa kat tempat orang ni. kalau awal2 datang dulu, ada pengalaman berbuka dalam kelas. paling lewat kelas habes pukul 6 petang. time puasa dulu maghrib awal. so sebelum kelas abes kena bukak puasa. passing2 kurma time cikgu ngah mengajar. korang ada ke semua tu? hehehe

pastu subuh awal. kalau macam sekarang ni pukul 334 dah subuh. bila musim panas waktu siang panjang. maghrib pukul 652 PM. jauh perjalanan nak berbuka tu. pastu kat jepun ni ktorg je la secoet orang Islam. ada lagi rakyat negara lain tapi student sikit je la. pastu kalau diorang tanya satu hal pulak nak menjawab. sebelum ni aku pernah ganti puasa, pergi lab. labmate aku orang cina ni selalu la duk kongsi2 makanan. pastu jawab la tak boleh makan sebab puasa. haaaa mula lah tanya kenapa puasa? satu hari tak makan boleh ke? aku xde la jawab ganti puasa sebab susah nk explain panjang2. cakap la puasa baik untuk badan, baik dari segi kesihatan. haaa ingat lagi tak hikmah puasa belajar kat sekolah dulu? pastu dia cakap

"patutla badan kau kurus, nak kena puasa jugak la kalau macam ni"

haha ambik kau. nasib baik aku ni kurus kan kekekeke 
panas di jepun ni tak sama macam panas di malaysia. kat sini panas kering. panas yang amat. lagi2 kalau tak diiringi angin sepoi2 bahasa. perghh melekit2. aku sanggup bawak payung merah aku pergi lab. panas! lagi2 nak puasa ni. memang dugaan lah. lagi semangat la aku nk pergi lab. sejuuuuuuuk.ade ekon hehe

so macam mana persiapan puasa korang?
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting