aku kat lab. dengan minah jepun 2 orang ni. tapi serupa xde orang la. bukan aku borak ngan dorg pun. sumbat telinga ngan earphone layan rock kapak sorang2. labmate yang kata sehidup semati tak datang pulak nak gosip2 hahaha
campus (ecece) senyap sunyi.hanya bunyi cengkerik sahaja. sumpah.aku tak tipu. sekarang cuti musim salju panas. memang bunyi binatang tu je la yang kau akan dengar. dan kalau dah namanya cuti ,siapa la yang bangang rajin nak datang sekolah kan?
pastu pulak dengar rock kapak. layan blues siot. isk isk isk nih yang jadik sebak ni. dah la hormon tak stabil. haiihhh buat aku teringat lembu belakang umah kat kampung la pulak. ayam itik dah bagi makan ke? hahahaha pe jadah aku nak ingat ayam itik kak oiiiii. sah2 la depa tau carik makan sendiri. tulang2 ikan, hampas kelapa mak aku buang dorang gak yang telan. haiihhh
nak balik mandi air sungai kat ujung kampung lah. lagi syiokk. tak sejuk macam kat sini. walaupun panas berkilat tapi air sungai sejuk macam air lam peti ais kat umah. duhhhh. tapi layankan aje.
sabishinaaaaaaaaaaa~
2 ♥:
aku baru faham asal kau ngan jua dlu cakap kat twitter bile dgr rock kapak jadi homesick, sbb td dgr pastu rasa nak balik skrg jgk :( nyesal dgr!! belum dgr lagu raya lagi tu..pfft.
selamat berpuasa ckyn!! :)
hahahaha now u knew it very well kannnnn~
kompem buat hati kau jadik sayu lah.music dorg memang sayu2 gtu haha
start esok aku nak dengar lagu raya lah pulak. kompem nanges guling2 aje kejenye nanti hahaha
selamat berpuasa atil!!!
boleh puasa ke esok? haha
Post a Comment