Aug 11, 2010

promosi baru tahun melawat jepun

9:03 PM
hahaha pepandai je aku taruk tahun melawat jepun. aku pun baru tahu semalam kot dr si dia nih cakap JAL buat promosi. tiket murah gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. ceit. aku dah bayar pon tiket y nk balik.



pastu dia duk citer la ade kawan dia semangat gila nak datang jepun memandangkan dah kumpul duit, tiket pun dah murah kan. pahtu pulak nak tengok concert arashi kat jepun. wow! mmg wow lah kan. sbb aku y duk jepun ni memang xpernah tgk mane2 konsert melainkan yang dekat university festival y xberapa nak the bomb tu.

ok2.meh aku nak bagi guideline sikit bagi mereka yang nak datang jepun ni. bukan senang ok. takde, bukan niat nak melupuskan usaha niat suci murni korang tu. tapi aku dengar2 banyak lah yang korang kena prepare.

DUIT 
yang ni memang sangat penting. 

1st : untuk beli tiket. kalau tak macam mana kau nak datang jepun kan. dan tiket biasanya tak murah unless masa promosi sahaja. paling murah aku pernah dapat adalah 30000 yen = RM 1200 ++ and sekarang nye promosi from JAL is lebih kurang 40000 yen(RM1515).tiket pergi balik. return. bukan one way. kira dah murah sangat2 la tu kan. selalunya aku beli 80000yen. kadang2 mencecah 100000yen.

2nd : perbelanjaan makan di jepun. semua orang tahu jepun negara maju. taraf hidup sangat tinggi. kalu tak takkan kerajaan bayar duit RM4k sebulan untuk kami. nampak macam banyak gila. untuk orang yang duk kampung macam aku memang boleh survive tanpa buat part time job. tapi untuk mereka yang duk bandar2 besar like tokyo dan kawasan sekitar aku rasa berat sikit la. aku bagi contoh mudah. paling cikai kau belanja in one day kalau travel in japan.

air tin kat vending machine = 120yen (RM 4.50)
air mineral = 120yen(RM 4.50)
onigiri = 105yen = (RM 4)
bentou = 500yen (RM 18.50)

ok nih kira asas la kau nak makan untuk satu hari kan. kira cincai 

2 air mineral = RM 9
2 onigiri = RM 9
bentou = RM 18.50
-------------------
total       RM RM36.50
-------------------
SATU HARI SAHAJA

senang kira satu hari 1000yen= RM 37. darab ngan seminggu = 7000yen= RM 260
kalau kat restoran sekali makan je dah 1000yen = RM37

plus yang len2 nak selamat 2000yen x 7 = 14000yen = RM 520


3rd : perbelanjaan tempat tinggal. lets say korang tak ada kenalan saja2 nak jalan2 makan angin. so nak taknak kena stay in hotel. paling murah dan buruk, hotel yang aku pernah duduk 1500yen (RM 60) untuk satu malam. tapi ni tempat yang habis kampung la kan. kalau kat tokyo tuh impossible la nak dapat 1500yen satu malam. paling kurang 4000yen kot. entah. aku bukan orang tokyo.kalau nak rasa macam hotel yang berkatil tuh 6000yen jugak la kot.

6000yen(kita kira yang paling selamat) x 7 = 42000yen (RM 1565)

4th : perbelanjaan kenderaan. transportation fee kat jepun bagi aku sangat mahal. melainkan korang nak naik 18 kippu. tapi untuk foreigner aku tak syorkan kalau xde kawan yang teman. maunye sesat tak jumpa jalan pulang. kalau dari osaka nak g tokyo naik bas pun paling kurang 4500yen (RM 168)

5th : souvenirs. haaa ni lagi satu bayangan kesilapan orang malaysia terhadap negara jepun. memang la teknologi jepun ni tinggi, maju ke depan. kat sini harga cepat je turun. cepat je keluar barang baru. tapi jangan silap sangka. sebab kalau kau convert ngan duit yang kau nak bawa dari malaysia tuh sah2 lebih kurang je harganya. jangan ingat boleh dapat half price kalau datang jepun.

BAHASA
bagi mereka2 yang ada kawan kat sini dikira selamat la. kawan boleh tolong. tapi kalau nak jalan sorang tu sakit jugak la kalau tak ada basic in japanese language. dan paling tak best sebab orang jepun ni tak ramai yang terer omputih. susah la nak tanya direction kak. dan kat kedai2 nak beli makanan ngan tulisan jepun tu macam mana nak tahu yang mana halal dan haram? jangan mimpi la nak tengok cop halal jakim. 


tu je kot yang aku nak cakap esp pasal duit la kalau yang nak datang sendiri. kadang-kadang mereka kat luar sana yang nak sangat datang jepun sebab tiket murah tu sila fikir banyak kali la. jangan kira duit tiket dah setel dah kira selamat. kau bukan nak datang sehari dua. alang2 nak datang seminggu la kan. bukan senang nak dapat peluang. pastu alang2 nak datang mesti nak pergi tempat2 menarik. takkan nak datang tengok konsert seketul terus nak balik kan.

p/s : tadi carik2 harga tiket konsert arashi around 50000yen per tiket. xtahu lah kalau ada yang lagi murah. aku tak tahu nak carik

so cincai2 nak selamat taknak menyusahkan orang berapa kau perlu ada kalau nak datang jalan2? nih aku kira hotel and tiket sahaja la plus tiket bas sekeping. jalan2 hari tu tak termasuk tau. souvenir pun tak termasuk okeh. kalau kau anak dato anak tan sri anak menteri besar orang kaya aku tak kisah. boleh jugak hulur2 kat pemandu pelancong. tapi kalau gaji cukup2 makan je baik pikir banyak kali la.

  • tiket flight     40000yen  (RM 1515)
  • hotel           42000yen  (RM 1565)
  • makan         14000yen  (RM 520)
  • bas              4500yen  (RM 168)
  • ------------------------
  • total         100500yen  (RM 3768)
  • ------------------------


p/s lagi : kawan2 jepun yang nk topup and nak perbetulkan kesalahan aku kat sini dialu2kan. senang sikit. aku pun tak banyak info sangat ni. tq =)

5 ♥:

rairarirurero on August 11, 2010 at 9:53 PM said...

RM3K cmpur tiket flight. masih murah. in reality,it costs a hell lot more than that. especially kalau travel jalan2. in 10days,makan luar satu hari can cost 5000yen,10days dah 50K yen=rm2000++, transport, kalau jalan2 byk,of course,org yg travel for 10days would want to travel to lots of places in one day, roughly another 50K yen=rm2000..

kalau utk org dtg jalan2.. seriously, cmpur tiket flight murah cmne pon, they need to have at least rm5000 kot.haha

zinnia-lyana on August 11, 2010 at 10:51 PM said...

serius JAL wat promotion? zannen dah beli tiket yg sebabkan terpaksa mengikat perut sebulan tu. -_- takpe la, tu org ckp takde rezki.hehe. tapi sekarang jugak nak check promotion,sbb ada kwn nak dtg cni hehe. :)thanx for the info!

selamat berpuasa

ckynwan on August 12, 2010 at 12:03 AM said...

@ raira : aku setuju.nanti aku buat pembetulan

@ kak yana: xtau la betul ke x.katanya ada kawan yang cerita. betul lah kot since that person semangat gile nak datang hehe

zinnia-lyana on August 12, 2010 at 9:46 PM said...

x jumpak pun yg murah nya.. ermm..
:D

ckynwan on August 12, 2010 at 11:55 PM said...

tuh la kak. saya pun jenguk2 jugak malam tadi tapi mahal je nampak haha
nanti kalau sy jumpa ke sy gtau ek hehehe

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting