Aug 8, 2010

pakcik 佐川(sagawa), datang cepat2 ok~

10:17 AM
 petang tadi bosan2 xtau nak buat apa aku pergi shopping.online.bahaya okeh kalau hima sangat xtau nak buat apa ni. so aku menunggu je la pakcik sagawa nak datang 2 3 hari lagi. oh, sagawa is one of the syarikat yang mengendalikan penghantaran barang di jepun. macam pejabat pos la ek? 

ok, cerita pasal pakcik sagawa ni meh nak habaq mai sket pasal sistem pos-mengepos di jepun ni. aku sangat suka! lagi2 online shopping kan. lagi syok beli kat kedai2 yang bersistematik. aku selalu pow kat rakuten je haha. senang. tak reti nak cari kedai lain sebenarnye ha ha ha. dah la boleh pilih barang nak hantar hari apa, pukul berapa. senang sikit kerja kan. pastu kalau kalau barang datang time tak ada kat rumah nanti dia letak 不在連絡票(fuzairenrakuhyou). message of non- delivery. macam ni ha. 




so kau boleh call balik cakap suh hantar pukul berapa dan bila. setakat 3 tahun lebih aku duk jepun ni tak pernah lagi la kena kes barang tak sampai ke, kena tipu ngan kedai ke, alhamdulillah. 

kat malaysia aku sangat tidak menggunakan pejabat pos. tak pernah la pulak ada fuzaihyou kat umah kan. sebabnye selalu ada orang kat umah dan posmen kenal family ktorg siap datang hantar depan tangga lagi. tapi aku pernah la baca entri pasal pos malaysia ni yang agak kurang sikit. bukan nak cakap malaysia teruk ke apa kan, biasala la negara membangun bak kata insan tinggi hehe. tapi bila dah duk negara maju macam jepun ni terasa la perbezaan yang ketara.

ayuh, majukan malaysia! peace~
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting