Aug 17, 2010

pertunjukan bunga api tsuruga

8:20 AM
seperti yang aku duk bising2 pada entri lepas, kali ni aku nak kongsi la perjalanan aku pergi tengok pertunjukan bunga api di tsuruga. kira macam acara tahunan pada musim panas di jepun. kami bertolak seawal jam 130 petang sebab risau jalan jem. last year memang penuh la orang membanjiri tempat. 

berhenti baca peta jap


tanda merah bermaksud "anda di sini" dan lokasi ialah tempat bernombor 5

so kali ni pergi awal sikit, nak elakkan jem. tapi sampai2 je agak pelik sebab lengang semacam je. so kami cop la tempat dulu. mungkin orang tak datang lagi kan. memang lengang habis lah. jam 3 petang kami sampai. pertunjukan bermula jam 7. memang bosan tak tahu nak buat apa sampai tertidur la jugak.

memang kosong sahaja


sementara tunggu berbuka. kami melepak tak tentu hala. eh mana ada. ada hala tujunya


comel kan?

sudah menjadi adat masyarakatjepun tgk hanabi(bunga api) dengan memakai yukata @ jinbei macam si comel kat atas ni. tapi aku tak pakai la sebab dah last2 ni xde duit pulak nak beli kan hehehe time ni memang boleh tengok la orang jepun pakai yukata n jinbei. yang kecik2 pun comel je. haiihhh geram je aku nak cubit2 pipi dorang

haaa ni dah masuk maghrib. dah berbuka. 
jam 645 waktu jepun = 545 waktu malaysia. 
jangan jeles. kami kan subuh awal dari korang hehe



kami makan onigiri sahaja

dorang makan nasik lauk sedap  T_T

 posing sementara tunggu bedilan hanabi pertama dilontar.

eh, aku penat la menaip. nanti aku sambung okeh hahaha. aku bagi la 1,2 gambar yang aku sempat tangkap. nex tentri aku taruk gambar je. 



maaflah kualiti gambar tak cun. sebab aku beginner aje nak amek gambar hanabi ni. so layan je lah ok?



 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting