apakah hukuman paling ideal untuk mereka yang buang anak? kalau disabitkan dengan kesalahan membunuh, maka memang tak akan lari dari kena hukum gantung sampai mati, kan? jadi, bagi mereka-mereka yang buang anak, letak anak-anak merata2 sampai boleh mengakibatkan kematian, tak sama ke dengan membunuh?
dah bosan kan baca berita berkenaan buang anak, dengar berita sampai telinga dah naik muak. mata dah naik rabun. alih-alih berita yang sama. sampai masyarakat jadi lali dah. so hari ini kita cakap pasal hukuman lak. meh meh duduk bersila , cheq nak habaq mai satu ceghita niii <--- prektis cakap utagha ha ha ha ha
Hukum mati jika sabit kesalahan
KUALA LUMPUR 12 Ogos – Kabinet mengarahkan supaya mana-mana individu yang terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membunuh atau percubaan bunuh.