Aug 23, 2010

musim hilang nyawa sebab bunga api

10:13 PM
reactions 
arini berapa ramadhan? 13 ramadhan. tak sampai separuh bulan pun agi puasa. aku jamin, lepas2 ni akan penuh la di dada-dada (kenapa dada?)akhbar pasal kes putus tangan, putus jari, bom meletup kat tangan.. haiihhhh nih lagi satu. oh negeri kelahiranku~

Budak maut stor mercun meletup



KUALA TERENGGANU 22 Ogos - Sebuah rumah lama yang dijadikan stor menyimpan mercun dan bunga api di Kampung Seberang Baruh Cabang Tiga, di sini hari ini, meletup dan mengorbankan seorang budak lelaki berusia enam tahun yang tercampak dan melambung di atas pokok sejauh kira-kira 15 meter.

Letupan dahsyat pada pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan mayat mangsa, Khairil Arif Ayub terlekat di celah dahan pokok berhampiran rumah tersebut selain sebahagian kepalanya berkecai.
 Dua lagi mangsa berusia 19 dan 20 tahun cedera parah dengan kaki salah seorang daripadanya hancur.

Kedua-duanya yang belum dikenal pasti identiti masing-masing ditemui bergelimpangan di depan halaman rumah itu dalam keadaan berlumuran darah.Mayat kanak-kanak malang itu hanya dapat dibawa turun oleh penduduk kampung kira-kira setengah jam selepas kejadian.

Mangsa-mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan kecemasan.Mayat mangsa yang merupakan anak tunggal kepada pasangan peniaga, Ayub Abd. Rahman, 28, dan Kamariah Suffian, 25, itu turut dibawa ke HSNZ untuk bedah siasat.

Tinjauan Utusan Malaysia di tempat kejadian hari ini mendapati, keadaan bahagian depan dan anjung rumah tinggal berkenaan musnah akibat letupan tersebut.Seorang saksi, Nurshefli Azhar, 36, berkata, letupan itu mengejutkan dirinya yang ketika itu sedang berehat di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian.

Katanya, gegaran itu turut dirasainya dan dia yang menjengah ke luar rumah melihat asap tebal dari arah rumah tinggal terbabit.Dia terus bergegas ke lokasi kejadian lalu mendapati dua remaja lelaki bergelimpangan di atas tanah di halaman rumah.

"Saya tak pernah dengar bunyi letupan sekuat ini dan saya terus ke tempat kejadian dan terlihat dua remaja cedera parah," katanya.Katanya, seorang daripadanya, tidak sedarkan diri dengan sebahagian kakinya hancur manakala seorang lagi di bawah timbunan kayu.

"Pemuda yang cedera itu sempat beritahu saya ada seorang lagi budak jadi mangsa lalu saya naik ke atas rumah untuk mencarinya sehinggalah saya jumpa mangsa (Khairil Arif) terlekat di atas pokok dalam keadaan mengerikan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan ketika ditemui pemberita di tempat kejadian hari ini menyifatkannya sebagai kejadian paling dahsyat di negeri ini yang membabitkan mercun.Beliau memberi jaminan polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk pemilik bahan-bahan berkenaan. Katanya, pihaknya menubuhkan pasukan khas berhubung kejadian itu agar siasatan terperinci dapat dilakukan.

"Kita juga minta bantuan Unit Forensik daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk bantu kita jalankan siasatan mengenai kejadian ini.

"Kita harap orang ramai jangan terlalu ghairah mencari keuntungan dengan menjual bahan terlarang dan membiarkan anak-anak bermain mercun," ujarnya.

sumber asal : utusan online

2 ♥:

kata hati bukan kata mulut on August 24, 2010 at 12:55 AM said...

dgr jugak org cite pasal ni tadi
tapi tak berani nak tgk paper
menggerunkan

hai la mercun
hai la bunga api

cKyN WaN on August 24, 2010 at 2:21 AM said...

kesian kan? tiap2 tahun pasti ada

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting