Aug 16, 2010

juadah ramadhan #05

3:12 AM
assalamualaikum =)
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

just a quick update.eceh. macam biasa menu saya pada 5 ramadhan. cuba untuk memasak nasi minyak + ayam tandoori bakar + acar timun

nih belum masak sepenuhnya tapi aku dah teruja nak amek gambar haha

resepi ayam tandoori bakar

bahan-bahan
  • ayam
  • perencah tandoori
  • susu

cara-cara
  • gaulkan ayam dengan perencah tandoori yang dicampur susu. 
  • perap kemudian bakar selama 25 minit




acar timun + lobak + nenas

resepi acar timun 

bahan-bahan
  • sebiji nenas
  • 5 batang timun (timun jepun lebih kecil berbanding malaysia)
  • 2 biji lobak merah
  • 1/4 bawang besar(bawang jepun lebih besarberbanding bawang di malaysia)
  • 3 sudu cuka
  • gula
  • garam
  • 5 biji cili


cara-cara
  • potong nenas timun dan lobak merahsecara memanjang
  • campurkan 3 sudu cuka, gula dan garam.
  • gaulkan sehingga rata



watermelon@timun cina@tsuika@tembikai
tak pernah jumpa tembikai warna kuning di jepun

ini la juadah berbuka saya kat sini. kamu pula macam mana? hehehe tapi semua yang dimasak ni sedikit lari daripada apa yang aku(eh kejap aku kejap saya la pulak) bayangkan. ada la kurang sikit2. xpe2, prektis banyak2 make perfect! yosh! haha macam apa je kan

ok2. alang2 dah masuk bab makanan ni aku sekalikan terus ngan makanan sahur. rajin okeh aku masak len pulak. sempat aku tungtang tungtang kat dapur seploh minit goreng udon. best2. korang boleh cuba


menyelerakan tak? hehehe

resepi udon goreng

bahan-bahan
  • satu paket udon
  • sayur sawi
  • seafood
  • sebiji telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4  bawang merah
  • sos cili
  • sos tomato
  • cili giling

cara-cara
  • panaskan minyak
  • tumis bawang putih dan bawang besar yangdihiris
  • masukkan sos cili, sos tomato dan cili giling
  • masak sehingga naik minyak
  • masukkan seafood sehingga masak
  • masukkan sayur dan kemudian telur
  • biarkan seketika dan kacau supaya telur hancur
  • masukkan udon
  • goreng sehingga masak
oh. saja nak beritahu. waktu subuh kat sini masuk pukul 3:41 am bersamaan dengan 2:41 am waktu malaysia. so memang kena bangun awal la untk bersahur. bayangkan la kena tidur pukul berapa. kadang-kadang aku tidur seawal 9@10 malam sebab nak bangun sahur pagi-pagi. kadang-kadang tak tidur. lepas subuh baru tidur balik. pening jugak la nak atur waktu tidur ni.

esok macam nak g jalan-jalan tengok pesta bunga api. so kena bangun awal pagi untuk pergi lab sebab tengah hari nak cabut pergi merayau.ampunkan daku ya sensei kekekeke
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting