Oct 31, 2010

main softball guna raket dan bola tenis | diskriminasi terhadap perempuan ke?

11:07 PM 0 ♥
masih lagi berkisar pasal lab dan fakulti eletrik elektronik di bumi fukui universiti. ok, lepas sahaja sesi diskusi pelbagai bahasa, kami  menuju ke tempat nak main lah. dalam hati aku nih dah fikir macam-macam. macam mana aku nak main? macam mana aku nak pukul bola yang dilemparkan? adehhhhh

tapi kami kaum perempuan ni bernasib baik sebab dibenarkan untuk memukul bola menggunakan raket tenis. dan bola yang akan dibaling bila turn perempuan kena pukul pulak akan digunakan bola tenis. best kan?yeay! yeay! dan yeay lagi! dah la lab aku majoriti pompuan. daripada 10 orang, 6 orang perempuan dan selebihnya 4 orang lelaki yang turut serta.

sensei dah seronok konon2 nak menang la. walaupun sensei cakap main untuk suka2 je kan. maka bermulalah permainan.

bola tenis
kami kena lawan ngan lab matsuki sensei. lepas janken, lab kami menang so boleh pilih nak jaga dulu atau pun nak pukul bola dulu. so mula lah aktiviti pukul bola guna raket tenis. bila sampai turn aku. mula lah sejarah lagi dalam hidup ckynwan. aku ni dah la darah gemuruh. neves tahap melampau. tangan sejuk2. bila aku pukul bola tu tetibe semua orang bersorak. aku terus panik. diam dan kaku. bola dah jatuh melantun , dah ditangkap oleh pihak lawan tapi aku masih berdiri di kotak pertama walaupun raket tenis aku dah baling jauh2. *sigh*

labmate saya berwarganegara jepun
tapi sempat bertahan sampai orang ke3 je. pastu tukar lak kami kena jadi team yang "menjaga" padang. haaaaaaaaaaaaaaaaa ni la sengsara bermula. aku kena duk hujung sekali. ade sorang mamat nih power and kuat gila pukul bola sampai tak nampak sampai mana! jenuh aku nak mengejar lah!


mamat yang suka bagi bola jauh2

lepas dah beberapa pusingan dorang menang, turn ktorang lak. giliran jejaka2 pulak buat pukulan.

sempai hensem. auwww!
sila spot pemain harapan lab kami yang guling2 jatuh haha


dan hasilnya memang di dalam jangkaan kami. dengan kekalahan 18-0! 


mari gelak beramai2 sekali lagi.

HaHaHa People Ha Funny LOL Laughs Laughing icon icons emoticon emoticons animated animation animations gif gifs Pictures, Images and Photos
p/s : kan saya dah kata saya tak reti main softball, tapi sensei degil taknak percaya!


apabila orang melayu, cina dan jepun berdiskusi | ibarat ayam , itik dan angsa bercakap lah.

4:32 PM 0 ♥
ok. lab research aku majoritinya adalah orang cina, dari tanah  besar cina. kemudian sebilangan orang jepun dan golongan minoriti orang melayu dari malaysia; aku dan labmate aku lah tu. tapi aku taknak cakap lah siapa ayam, siapa itik dan siapa angsa. itu kan hanya perumpamaan.

so apa cerita sebenarnya?hari jumaat haritu ada pertandingan softball di antara lab bagi fakulti kejuruteraan elektrik dan elektronik. dan aku tak sangka langsung zemi pada hari tu memang dikhaskan untuk bincang pasal fostball sahaja! sekarang mari gelak ramai-ramai

HaHaHa People Ha Funny LOL Laughs Laughing icon icons emoticon emoticons animated animation animations gif gifs Pictures, Images and Photos

maka bermulalah discussion pasal softball. nak buat macam mano. majoriti pelajar lab aku ni adalah foreigner, dan tak tahu rules pasal softball. aku lagi la, tak pernah seumur hidup ni main softball. 


video permainan softball
senior yang ditugaskan siap buat powerpoint lagi nak terangkan pasal peraturan ni. tapi yang paling kelakar bila semua orang nak bercakap dalam bahasa masing-masing. tukang terang orang jepun. bla bla bla dalam bahasa jepun.

pastu ade pulak minah dari cina ni dia tak terer sangat bahasa jepun, so dia tanya la kawan dia in their language, pastu kawan die ni akan translate kepada mamat jepun tu. ok lagi. ade tu pulak minah tu tanya2 benda lawak agaknya pastu semua budak cina gelak2. tinggal lah org melyu dan jepun terkebil2 tak paham bahasa. hahaha

pastu bila dah terang2, aku ngan kawan aku cakap bahasa melayu lah kami 2 orang. so total bahasa yang digunakan semuanya tiga! memang riuh lah.

berdiri : jepun., duduk : china

khusyuk mendengar penerangan pasal softball
kalau dalam lab tahun 4 lagi best. ade 2 orang cina, dua orang jepun dan 2 melayu. melayu nak kutuk cina ngan jepun , boleh cakap melayu. cina nak ngumpat melayu dan jepun boleh cakap bahasa cina. jepun je cakap baik2 kat depan2 ni haha dorangcakap kat belakang la.

kedudukan meja dalam lab

p/s : tapi siapa ayam, siapa itik dan siapa angsa ya?

tak perlu jadi siti nurhaliza

10:17 AM 0 ♥
sudah! habis la mengamuk semua peminat penyanyi no 1 negara nih. kena hentam cukup2 agaknye ek. xpe lah, asalkan jangan kaitkan aku dengan konspirasi fida aishah. eh lagi2 fida aishah. dah ade orang merungut ni sebab tak letak nama dia hahaha...ok lupakan fida aishah. kita cakap pasal award pulak. oh lupa tajuk aku tu tak siap sebenarnya. tajuk penuh dia macam ni 

tak perlu jadik siti  nurhaliza untuk dapat macam2 award

haaaa award apenya yang kau dapat .sampai kuarkan statement cmtu? bajet bagus sangat la?

award dari Rush D
macam biasa lah, kalau award mesti ada soalan punya lah. tak paham jugak kadang2 haha. sealu kalau dapat award bukan kena bagi ucapan ke?

1.nape suke memori seorang muda?
blog sapa tu? tadi br 1st time p jenguk. so xleyh nk bagi sebab lagi kenapa suke sebab xsuke lagi haha

2.reaksi slps mendapat award ni?
rasa pelik. sebabnye award anugerah blogger harapan. ade link blog memori seorang muda. tapi di pass2kan ke blog lain. pastu soklan pulak berkaitan dengan blog tu. logik tak? sebab aku bukan dapat dari pemilik blog memori seorang muda. so macam pelik la nak jawab soklan. eh panjang nye reaksi aku haha

3.sila passing award.
aku taknak passing lah. sebab rasa soklan tu pelik. haha

p/s : siapa sokong sila angkat tgn, ketuk2 keyboard kat ruangan komen boleh?


-back to quilling-

perempuan melayu terakhir versi moden ha ha ha ha

1:35 AM 0 ♥
eh. eh dah pukul 226 pagi. selalunya masa-masa cmni aku dah lama diulit mimpi. mane taknye, pukul 11~ aku dah merangkak naik katil. tapi harini dalam sejarah la sket. kenapa ek?

walaupun satu hari aku xde  mood tapi tetap excited. sebabnya aku dah jadik perempuan melayu terakhir versi moden. hahaha cmno tuh?

apa la yang aku semangat sangat sampai tengah malam buta pun still berusaha taknak  merangkak ke katil. jom terjah!




tempat simpanan!
haaaaaaaaaaaaa amacam? cukup tak ciri perempuan melayu terakhir versi moden? haha bukan senang nak buatbenda alah tu wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. dekat sejam jugak lah aku nak kasik lengkap macam bunga tapi senget benget tuh. beginner, bagi can la sket hahaha nak buat cmno. aku dah tangkap cintan ngan quilling ni.

p/s : kalau sensei bagi my fyp tema quilling kan best! hahaha
p/p/s: aku pun xtahu kenapa aku beli gam yang mengambau zaman sekolah rendah tu 
p/p/p/s : jom quilling!

-oyasumi people-

Oct 30, 2010

excited! yeay! yeay! excited! yeay lagi!

9:40 PM 0 ♥
oh. aku belum mahu bercerita pasal cerita tertangguh tu.sebab aku xde mood. malas nak update apa-apa. malas nak meluahkan apa-apa. malas untuk menjenguk siapa-siapa. malas dan malas.

 tapi sekarang aku excited! haha sebab nye aku baru je balik dari kedai daiso@100yen shop! yeah, shopping memang lah pengubatjiwa ragaku haha. tapi xleyh shopping mahal2 maka pergi la kedai 100yen shop. boleh dapatbanyak barang tanpa kos yang tinggi lah! i like 100yen shop! maka banyak lah benda merapu yang aku beli tadi. haha


eh daiso pun ada kat malaysia kan? aku dengar2 kedainya memang sebijik ngan kedai kat jepun ni. betul ke orang yang berada di malaysia?

aku beli barang2 yang penting untuk aku siapkan misi. ngeh3. siapa tahu diam2 okeh. nanti x suprais la. tapi sebelum tu aku nak kena pergi gotong-royong bersih+kemas rumah aku ni. tapi aku sorangje la. aci tak nak guna perkataan gotong royong? haha

excited nye saya!

banyak cerita 4

2:59 PM 0 ♥
dalam kepala ni banyak sangat nak bercerita. tapi tak tahu nak mula dari mana.


  1. cerita papa garang yang penyayang
  2. cerita pukul bola softball guna raket tenis
  3. cerita main bowling sampai bengkok tangan
  4. cerita berdiri sebelah kaki 232 minit..eh saat.


haaaaaaaaaaaaaaaaa. semua beratur2 ni. alahaiiiii~

nih kalau tak tulis sekarang kompem dah tak tulis la jawabnye!

aku nak g masak dulu lah! kata nak jadik isteri solehah kekekeke

fida aishah dan ariffshah dah kembali!

12:45 PM 0 ♥
quick update je ni. adeh dah macam mami jarum pulak hahaha. aku tahu sekarang ni ramai yang tertanya-tanya pasal konspirasi fida aishah dan ariffshah. dah bape kali aku duk refresh page ariffshah. asyik under construction. blog fida pon private.

dan akhirnya dua2 dah kembali berfungsi. ariffshah pon dah bagi komen dia pasal konspirasi ni. aku taknak ulas. jenguk lah sendiri ok!


haaa sape2 y duk pening2 ngan masalah konspirasi ni pegi la tengok. hahaha

macam mana nak buat scroll box

9:42 AM 0 ♥
ada orang tanya, so aku jawab.

bagi yang ada widget yang exchange link panjang tu boleh la nak gunakan scroll box ni. contoh :





a
a
a
a
a
a
a
a
a
a
a
a
a
a
a


macam aku guna scroll box utk widget exchange link dan jugak entri panjang2. cmne nk buat? guna html kat bwh ni

<div style="width:100px;height:100px;overflow:auto; ">
 tengah2 ni html widget anda
</div>
witdh dan height tu boleh ubah ikut kesesuaian blog dan kemahuan anda.
ada lagi nk tanya? sila2.
sekian.selamat mencuba.

Oct 29, 2010

hari paling aktif di dunia. dan aku kepenatan

11:52 PM 0 ♥
ya. harini hari paling aktif dalam dunia ckynwan. bangun pagi smangat nak pergi zemi(=discussion) , tup2 pukul 11 pagi baru start zemi. penat aku berdebar2 sebab xde progress lagi fyp, rupa2nya harini zemi pasal yakyuu je. yakyuu is softball. sebabnya acara tahunan tahun 4 main yakyuu. dan yang paling penting aku kena main! not a good idea!

ade cerita menarik di sebaliknya, tapi nanti lah aku cerita.

aku penat. eh penat yakyuu tak hilang lagi ke? bukan tak hilang tapi kepenatan yang tak sempat nak stop. lepas yakyuu aku g taiken ntah ape2, macam2 ujian aku buat.berdri sebelah kaki sambil depa tangan sambil pejam mata selama 232 saat. sampai sekarang aku rasa lenguh.dan sekarang ni baru je balik dari main bowling! ah lama sungguh tak main bowling.

aku penat.

esok aku sambung ok?

-night people-

posmen hantar barang ikut pintu dapur | oh i love japan

8:41 PM 0 ♥
gila ke ape kan posmen hantar barangikut pintu dapur. tapi tu lah hakikatnya kat jepun @ rumah sewaan aku ni. kenapa pintu dapur? takde pintu utama ke? macam tak bermoral je intai orang tengah masak kan. haaaaa jangan la tak tahu, kebanyakan rumah / apa-to yang kami duduk  ni mane ade banyak pintu. eh sama la mcm msia. duk flat ke mane banyak pintu kan. lagi2 tingkat atas. pintu nak terjun ade la haha.

sama macam kat malaysia, cuma susun atur dalam rumah jepun ni agak pelik. bukak2 pintu je, kau langkah dua tiga tapak kalau tak jumpa toilet, kau akan jumpa dapur. yes! memang akan jumpa dapur. kalau macam rumah aku ni. bukak pintu. masuk 4 langkah je, belah kanan dapur, belah kiri toilet. jumpa pintu. lepas tu ruang tamu kemudian baru bilik tidur aku.
 
abaikan lukisan skema. aku tak amek art lah.


so pintu utama ialah garisan merah yang paling pendek. bukan y dekat ngan tulisan pintu tu, tapi katkotak kasut. so memang la hantar brg ikut dapur. ngah syok2 aku masak smbil pakai tudung tadi, tup2 posmen datang! huwaaaaa berbunga2 lah. memang punctual! i like~

order barang suh hantar between 8-9. kol 8:03 dah tingtong pintu rumah.
p/s : oh senangnya dalam hati...dapat barang ini. kekekeke


masa ni la pentingnya hubungan sesama blogger (dan reader)....konon ha ha ha

5:24 PM 0 ♥
# sila scroll untuk membaca entri penuh.sekian
#harini banyak tulisan oren yang membawa ke link rahsia.eceh


dah2 la tu pasal fida aishah. blog ariffshah pon smpai skang under construction lagi. hidup perlu diteruskan. eceh. okay, aku tahu semalam aku dengan muka tak malu tapi bukan dengan muka tebal mekap 12 inchi lah pergi terjah blog orang dan meminta tolong dari blogger lain. ha ha ha ha time ni la kan kau nak tengok cmne ikatan di antara blogger ......pppffttttt~

eh yang bukan blogger jangan kecik hati. reader pon menyumbang jugak. ape kesahnye? semalam aku ngan dia bet. masa tuh lagi 10 minit je nak masuk pukul 12. oh sebelum bet ada lagi kejadian.

siapa yang ikuti perkembangan STEPBYSTEP memang tahu lah ade post pasal quilling. tak tahu quilling tu ape? tengok sini dan sini. i just love them sooooooooo much! sebab aku memang berjiwa seni lah, ha ha ha ha 1st aku jumpe quilling dalam blog was from design and made with love, sebelum aku jumpa lagi dua blog yang letak pasal quilling ni. sebelum ni macam tak tahu apa2 pon haha. mundur ke walaupun duk jepun?

sumber gambar : [sini]

sumber dari [sini]

oleh kerana aku  minat sangat2 maka aku mintak lahdari dia. nak hadiah besday macam ni! nak yangada quilling2 nih. tak kiraaaaaaaaaaaaaa!

pastu boleh  pulak dia cakap kena UV lebih dari 200. masa tu baru 190 kalau tak silap. masa tinggal kurangdaripada 10 minit nak masuk pukul 12 tengah malam. sebab aku set time zone is gmt+9. tak sama la ngan malaysia.

nak punya pasal aku pg BW. refresh blog tengok dalam 194 kot. uwaaaaaaaaaaaaa memang rasa macam pasrah gila. nak semangat lagi aku siap buatentri lagi pasal no 200 ni. refresh2........ ade la 199! masa tuh dah sipi-sipi nak pukul 12. memang pasrah.

lalu aku guna talian hayat terakhir iaitu blogger. yang mana sempat aku jengah la dalam minit2 terakhir.so siapa yang dapat last minute msg yang agak mendebarkan tu, sowi lah. gaya macam cemas sangat tapi aku terpaksa! demi kad besday ade quilling! mari gelakkan aku ramai2. ha ha ha ha ha ha ha


laughing smiley,animated smiley

ok. dah abes gelak? so apa keputusan dia? dapat ke tak quilling dari dia kang? sebab bile aku terjah semalam die dah jadik cmni....

meh terjah kita terjah UV update dari counter aku n nuffnang. jeng jeng jeng





Drum Roll


dr counter merah tu
dari nuffnang


p/s : my birthday plis come faster! ha ha ha ha ha ha ha ha quilling oh quilling.....

Oct 28, 2010

tak cukup 200 taknak bagi hadiah katanya! mana boleh?

10:53 PM 0 ♥
hah! mane tak keruan? aku sangatmengidam2kan benda alah tu. so nak taknak aku kena lebihkan jugak 200.

korang tolong aku eh boleh?

plis
plis
plis
plis
plis
plis

kalau korang baca smpai bawah maksudnye korang dah tolong aku lah.
kalau cukup 200 aku gtau! hahahah

nih tak cukup xtau la hehe

lantak lah fida aishah nak menipu ke tak ha ha ha

9:40 PM 0 ♥
# sila scroll untuk membaca entri penuh.sekian
#harini xde tulisan oren yang membawa ke link rahsia.eceh

sejuk yang melampau memang lah buat aku tak menahan. tapi kehangat konspirasi fida aishah yang belum terungkai, dan menunggu jawapan dari blogger ariffshah membuatkan tahap sejuk yang melampau ni hilang pulak. eceh. menipu tak hengat.

aku p sekolah tadi singgah mitsuwa beli glove , bli stokin bulu2 tau x? sejuk lahhhhh.

comel kannnnnnn~

so tadi aku keluar lam kol 830 nak pegi isi toyu. murah pon murah skang ni. 1 liter pon baru 64 yen je. 1000yen dah boleh dapat 15++ liter. ok la tu.

harga2 toyu mengikut liter

orgy keje kat stesen situ. dorg ni rajen baito sini hak2
sebab aku bawak 1000yen je makan 15 liter je lah y aku dapat haha

pastu ada keluar benda alah ni.tekan saja
semua orangpon dapatyang ni haha

pegi scan resityangdia bagi tadi
dan mendapat wang pulangan 16yen hahaha

lepas tu kami balik lah. fida aishah? sape tu hahahaha


p/s : bila ariffshah nak habeskan construction kat blog dia ni haha

kalah kontroversi freemason nih ha ha ha ha

5:19 PM 0 ♥
# sila scroll untuk membaca entri penuh.sekian
#harini xde tulisan oren yang membawa ke link rahsia.eceh

alkesahnye. aku duk jenguk2 sekali ternampak satu link blog yang mungkin agak terkenal lah jugak. post pasal kontroversi fida aishah. aku buat derk je memula. lepas baca2 sket aku macam heran. pastu keinginan nak tahu membuak2 lah.

aku p search fida aishah. tanya pakcik google jap. banyak lah jugak link yang kua. sumer aku tekan. yang akhirnya menjurus kepada blog milik fida aishah ni. pastu tetibe je rasa macam...

eh.eh. dulu pernah baca blog ni
memang. dulu aku pernah baca blog fida aishah ni. jatuh cinta pandang pertama. sebab ayat dia terlalu puitis , terus menusuk ke jantung aku yang memang berjiwa seni tapi tak pandai nak zahirkan. rasanya aku jadi anonymos follower je kot. 

pastu dah laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaama gila aku tak baca blog dia. dah berkurun. tak tahu lah kenapa. lost kot hahaha. sehinggakan harini yang membawa aku kembali ke blog tu melalui penulisan kontroversi di blog orang lain.

ko bayangkan lah berapa banyak masa aku habes nak khatamkan 388 komen tu haha. macam-macam lah orang komen. ada yang puji ada yang bela, ada yang tertipu ada yang menyokong. apa pun ia memang suatu konspirasi rashii. hahaha pastu bila nak bukak lagi skalik tup2 dah private and blog ariffshah pulak xleyh nk bukak. esok br pulih dan siap, under construction katanya. tetibe je kan hehe

walaupun aku pernah baca blog si fida aishah ni , bila baca komen2 orang tu xde la pulak aku nak sentap ke apa. sebab aku just baca entri dia. tu je. dia nak tipu ke apa ke kankei nai ngan aku. haha tapi serius woooo semua orang yang pernah baca blog dia rasa tertipu. bukan aku la tapinye sebab aku tak pernah komen entri die(kot), tak pernah ym ngan dia, tak pernah komen kat fb dia macam orang lain buat. so aku jauh la dari rasa tertipu pastu nak sentap2 dalam ruangan komen  gaduh kat situ nak keluar hadis kuar quran macam dorang tu.  tapi aku komen cmni :

dah xde org nk komen kot kekeke


siapa yang tak masuk dunia blog ni mungkin pening. ntah apa-apa la yang aku merapik ni kan. xpe, tak penting pon haha. 

p/s : tapi aku bukan fake tau. betul ni. tak tipu pun. haha tak caya tanya la dorang kekeke
p/p/s : tingkatkan prestasi, jauhi kontroversi. eh macam kenal ayat ni

JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI

4:34 PM 0 ♥

image
tekan gambar utk ke blog ben.
kalau tak jadik tekan sini pon boleh


blogger hebat buat promosi lagi. jom try! ehehehehe~

orang masuk melalui pintu, dia nak masuk dari bumbung pulak?

1:20 PM 0 ♥
# sila scroll untuk membaca entri penuh.sekian








p/s: aku dpt email drpd pemforward email tegar, so kalau ternampak lam mana2 blog lain jgn ckp aku copy paste dr die lak! zaman teknologi, kang ade org dtg saman aku hahaha
p/p/s : aku malas nak berceloteh panjang, so aku sajikan gambor aje lah. jangan marah.
p/p/p/s : aku busy lah!

Oct 27, 2010

apa yang berlaku sekali pun, aku tetap sayang!

9:51 PM 0 ♥
# sila scroll untuk membaca entri penuh.sekian


heh. aku tak sanggup lah kehilangan. walaupun dalam beberapa tahun ni aku belum cukup untuk kenali sampai ke isi dalam, tak memahami sampai ke hujung pangkalnya...sayang aku jangan ditanya, usah dihitung malah dipersoal. biarpun kerap kali aku seakan mahu berkerat rotan berpatah arang. tapi aku masih sabar dengan segalanya.



biarpun mereka ketawa berdekah-dekah mengata sana sini, aku tak heran. sebab sayang aku bukan hak mereka nak  nilaikan.

usah dirisau. hari baru bakal menjelma. sinar mentari akan menyinari, biarpun hembusan bayu sehingga menjamah temulang.



i cant wait for the time to come!

yosh!


p/s : sayang tetap sayang!

tikus dalam futon!kyaaaaaaaaaaaa~

4:11 PM 0 ♥
# sila scroll untuk membaca entri penuh.sekian
# tulisan colour oren akan membawa anda ke link rahsia.eceh.

oh.oh.oh semalam suhu turun mendadak! 9degree je! huuuuuuh. bagi orang yang bukanlah lahir dalam iglu macam aku ni memang lah dugaan besar. sudahnya satu hari jadik suri rumah! ha ha ha ha aku balik je dari lab semalam terus selongkar stor. cari hot blanket. memang harus guna hot blanket. kalau tak memang menggigil lah ye.

nak dijadikan cerita sejuk jugak, time ni lah menyelongkar semua baju tidur yang tebal2, seluar tidur yang tebal, stokin bulu2 yang comfy. adeh pasni nak kena selongkar glove yang aku rasa semua dah hilang pasangan je! bukak heater kat dinding kejap tapi memang xjadik. xdak feel org kata. xpanas langsung lah! toyu tak beli2 lagi niiiii


last2 aku masuk lam futon, masuk lam selimut,berbungkus! sampaikan dengan mouse pon aku selit masuk lam selimut  jugak. kalau kat luar futon nak ketuk2 keyboard, tekan mouse ni memang tak mampu! sejuk la weyhhhhhhhhhh.

dah petang sket baru aku ingatpasal heater letrik ni? boleh tak! dah menggigil2 satu hari  baru ingat.adoiiiiii.....

untuk sementara boleh lah~

winter sonata dah nak berlabuh di kala autumn in my heart belum kulaksanakan! ape barang dah nak kena kuar rumah pakai boot, pakai baju belon, pakai mafla....sejuk oh!

macam ni!eh tapi ni bukan tpt aku la ha ha ha ha



p/s : eh tikus tak sama ngan tetikus ek hak2
p/p/s : kawan2 moh le kite beli toyu~
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting