Aug 7, 2010

kes kematian pelajar di kolej kediaman Raja Nazrin Shah(kolej 12) di UM bukan kes bunuh diri

9:00 AM
assalamualaikum =)
******************************

sebagai seorang pelajar yang pernah menghuni di kediaman kolej 12, peristiwa ini memang sangat concern perhatian aku. terkejut. sangat-sangat terkejut. sebelum ni pernah terbaca status twitter kawan aku cakap kolej 12 akan berhantu pahni. tapi aku xbajetapa2. justmcm biasala la kan kalo peristiwa hantu2 kat kolej. kemudian labmate aku cerita la pasal peristiwa ni. katanya arwah terjatuh sebab cuba nak memasuki biliknya daripada koridor bilik sebelah di tingkat 5. sudah tiba ajalnya padahari itu, lalu terjatuh.

harini aku blogwalking lagi. dan terjumpa satu post pasal peristiwa ni. so saya merasakan keinginan untuk berkongsi cerita dari penulis. untuk mengelak sebarang fitnah kelak. tiada sebarang perubahan. di copy-paste terus dari blog penulis.

************************************************

Ehem. Walaupun hari ini dah 7 Ogos 2010, saya terbuka hati nak cerita tentang kejadian tragis yang berlaku di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah pada 30 Julai 2010. Tujuan saya menulis kisah ini bukanlah untuk memburuk2kan mana2 pihak apatah lagi mengaibkan. Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan kita. Insya Allah (:

30 Julai 2010. Jumaat.
Pada lebih kurang jam 2.33 p.m. saya terbaca status fb salah seorang junior Asasi katanya ada seorang budak terjatuh dari balkoni tingkat 5. Lalu, lebih kurang jam 3p.m. saya dan rumet saya Ati'qa pun turun la ke bawah, ke kawasan antara Blok B dengan Kafe. Masa tu dah ramai orang kerumun tempat tu dengan Polis sume bagai. Mangsa pun dah ditutup masa tu. Saya dan kawan2 saya tunggu kat situ sehingga la mangsa dialihkan dan dibawa pergi oleh van Polis pada lebih kurang jam 4.30p.m. Masa tu hujan turun renyai2.

Malam tu, jam 10.30p.m. lebih kurang 25 orang wakil Kolej Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, rakan2 arwah, wakil PEMASHOR (Persatuan Mahasiswa Johor) bertolak ke Rompin menaiki bas.

31 Julai 2010. Sabtu.
Kami tiba di rumah Makcik arwah pada jam 3.30 a.m. Bacaan Al-Qur'an, Yassin dan tahlil berkumandang. Kami menanti sehingga masuknya waktu Subuh. Arwah disolatkan oleh jemaah kawasan kampung tersebut selepas waktu Subuh. Kemudian kami bergerak ke tanah perkuburan yang terletak lebih kurang 15minit dari rumah Makcik arwah. Alhamdulillah arwah selamat dikebumikan.
.
.
.
Walaupun saya tak menyaksikan secara live bagaimana arwah terjatuh, saya ingin menegaskan di sini bahawa, arwah terjatuh. Bukanlah membunuh diri atau selain dari itu. Tolong jangan mengada-adakan cerita2 tak enak yang mungkin boleh mengaibkan arwah & keluarganya. Sudah tersurat di Loh Mahfuz yang Zulkhairil Azmi bin Md. Bukhary diambil nyawanya pada hari tersebut dengan cara yang sebegitu. Alhamdulillah pada pandangan saya, Ibu dan Ayah arwah sangatlah tabah. Walaupun tak henti2 air mata mereka mengalir, namun dari cara Ibunya bercerita dengan kami, insya Allah dia mampu terima kehilangan anak sulung mereka. Lebih menyayat hati, 30 Julai ialah hari lahir Ibunya yang ke-45. Ibunya juga berkata :

"Anak baik, Allah nak ambil dulu, taknak kasik dia buat dosa."

"Dia anak yang tak mendatangkan masalah."

Selepas Subuh kami berkesempatan melihat wajah arwah. Alhamdulillah putih suci je wajahnya. Semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Husnul khatimah insya Allah. Kita yang masih hidup ni bersedialah ke arah itu. Wa'Allahu'alam.

************************************************
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting