Aug 5, 2010

Bayi lelaki ditemui dalam kotak di tepi kereta

3:06 PM
reactions 
******************************************************

Bayi lelaki ditemui dalam kotak di tepi kereta
05/08/2010 9:04am
SABAK BERNAM 5 Ogos – Seorang lelaki bersama rakan wanitanya terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki di dalam kotak di tepi keretanya di Sungai Besar di sini malam tadi.
Pasangan itu bagaimanapun membuat laporan penemuan bayi tersebut di Balai Polis Bangi dekat sini.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Noor Mushar Mohamad berkata, bayi berusia kira-kira seminggu yang ditemui pada pukul 9 malam itu akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut.
Beliau berkata, maklumat lanjut akan dimaklumkan setelah keterangan pengadu diperolehi memandangkan pengadu membuat laporan di luar kawasan. - Utusan

******************************************************


ni lah antara sebab2 kerajaan Melaka nak tubuhkan sekolah untuk perempuan mengandung. pastu Maim nak benarkan pelajar kahwin awal . seawal umur 18 bagi lelaki dan 16 bagi perempuan.
haiihhh.

berita seterusnya.



******************************************************

Kanak-kanak ditemui selepas dua jam diculik

05/08/2010 2:04pm


IPOH 5 Ogos — Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dilarikan seorang lelaki dengan sebuah kereta di Taman Meru di sini malam tadi, ditemui selepas dua jam diculik.



******************************************************


masih ingat kes adik NURIN, SHARLINIE dan banyak lagi kes2 culik yang menggemparkan negara suatu ketika dulu? sila pastikan anak-anak anda berada dalam kawalan yang sepatutnya. kadang-kadang orang sekitar pun boleh jadi penjenayah dalam sekelip mata je. gerunnya~



 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting