harini aku termiss lunch. bukan sengaja taknak makan tapi cuaca panas sangat duk minum air sampai 3 gelas-tinggi-23cm. pastu makan aiskrim 2 batang. petang sikit makan 4 sudu cheesecake. then malam tadi baru makan nasik lauk sayur masak lemak ngan telur goreng.
pastu timbang2 berat adala gerak 400gram je. so berat lepas makan tadi dah jadik 44.4 kg. eh banyak sangat no 4. orang jepun sensitip. so kira cincai-cincai 44.5 lah kan. gilo ko apo??? kang abah aku sedih tengok aku kurus dah tak menawan ni.nanti pergi mengadu kata Kak Ug.
" tengok Ikin tu makin kurus"
meh nak citer sikit pasal berat aku nih. masa sekolah menengah berat aku 48kg. makan banyak tak hengat kat asrama tak pernah miss. kalau breakfast sediakan roti je aku p beli mee goreng / nasik goreng kat kantin. pastu masuk AAJ kat UM 2 tahun aku tak ingat lah berat aku berapa. tapi since disahkan ada gastrik oleh doktor dan dinasihatkan untuk makan selang 4jam, aku memang makan tak berhenti 6x sehari. sampai junior tegur terang-terangan pipi dah kembung. malu tapi mahu makan lagi haha
after datang Jepun 5 bulan berat aku turun 5kg. zaaap! sekaligus cmtu je. pastu aku mengembalikan tenaga untuk makan dan makan lagi sampai la menten 46 @ 47kg. bukan menten tak mahu bagi naik tapi menten tak mahu bagi turun. so 5 6 bulan kebelakangan ni berat aku duk selang seli gerak turun naik 45 @ 46. dan dah berapa kurun dah duk menten 44 @ 45 kg. sakit jiwa. penat dah makan banyak2. masak tiap2 hari kat umah nih. budak2 sini pun dah cakap lam perut aku ada black hole. makan2 je lalu usus sampai black hole makanan lesap xtau p mana. hahaha
so, siapa-siapa yang ada cadangan baik punya supaya berat aku ni naik la sikit2 kan. sila beri cadangan . sangat2 memerlukan. tq =)