Aug 3, 2010

kelulusan bercuti

12:38 PM
reactions 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan/Saudara/Saudari Pelajar,
 
Pejabat ini telah menerima permohonan bercuti dan meluluskan permohonan yang telah dikemukakan. Pejabat ini ingin mengucapkan Selamat Bercuti dan berharap Saudara/i pelajar dapat kembali semula ke Jepun dengan selamat setelah bercuti kelak.
 
Sekian,

************
Second Secretary
Human Resource Development
(Education and Training)
Embassy of Malaysia

Aku dah dapat emel kelulusan untuk bercuti.Pertama kali sepanjang 3 tahun aku menumpang teduh di bumi asing ini. eh tidak. bukan bermakna sebelum ini tidak dibenarkan bercuti tetapi kali ini pihak atasan semakin tegas dalam pengurusannya. Percutian kali ini perlu mengemukakan kebenaran dari pihak universiti , sedikit sebanyak menimbulkan huru-hara di hati pelajar. Nak cuti lebih biasala. Berserta juga dengan pernyataan penolakan biasiswa 10% jika tidak dapat mengemukakan surat permohonan cuti atau bercuti tanpa kebenaran.

erm, ada ke orang yang dapat emel mengatakan permohonan cuti tidak diluluskan?
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting