Aug 5, 2010

kes pelajar tumbuk guru-salah siapa?

11:34 AM
reactions 
assalamualaikum =)
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



dah tengok video ni? dengarnya dah masuk tv.kat youtube pun dah 58 ribu ++ org view. seronoknya tukang upload video nih.ramai orang tengok video dia. okeh mari kita kaji dan selidik video nih. aku dengar dan dengar banyak kali. banyak pro n contra. aku xtahu la asal-usul alkesahnya. siapa salah siapa yang betul. ternyata pelajar tuh macam dah lama simpan dendam kat cikgu tuh . katanya 2 tahun berdendam. marah tanpa sebab. marah tanpa usul periksa. cikgu tuh pulak jenis taknak mengalah. dua2 taknak mengalah. memang kalau dah kena provoke macam tu memang haru la jadiknya. aku takleh nak cakap....

"oh, budak ni memang kurang ajar gila!!" 
"eh ckgu ni cuba bersabar sikit dengardulu apa budak tu nak cakap". 

sebab aku bukan seorang guru yang mengajar di sekolah. mungkin aku tak tahu macam mana lagaknya menjadi seorang guru nak menangani masalah pelajar. entah, sepanjang aku bersekolah daripada tadika sampai la form 5. tak pernah pulak di sekolah aku ada kes2 macam ni. guru tumbuk pelajar. eh terbalik. pelajar tumbuk guru. yang selalu dengar guru la yang rotan, denda. alah biasa la tu denda tak siap kerja sekolah, langgar peraturan. aku dulu tak siap kerja matematik time darjah 3, perut kena pulas sampai terangkat2 kaki. sakit xyah cite tapi takde la smpai nak balik meraung2 gtau mak ayah. kalau balik meraung nak repot kat mak ayah sah2 lagi sedas aku kena ngan abah aku kan haha

rata2 sekarang budak2 makin lemak. dan cikgu pun lebih kurang je kot. (maafkan aku wahai guru-guru di luar sana ) kalau dulu penuh dengan rasa hormat terhadap cikgu, sekarang kenapa boleh berkurang rasa hormat tu di kalangan pelajar? tak boleh nak tuding jari kat satu pihak je. sebab keduanya memainkan peranan penting. kena ada give and take. erk ada kaitan ke? ada2.kalau dalam keadaan macam ni, ikut dalam video kat atas tu siapa yang salah? cikgu ke pelajar? ke ibu bapa kedua-duanya? korang dengar dan teliti dan buat la penilaian sendiri. 

dan lagi satu. yang duk atas kerusi tuh tengok gelak2. yang tukang merakam pun satu. apesal perlu dirakam? nak tunjuk kat satu dunia yang budak tu bermasalah? nak tunjuk kat satu dunia macam mana cikgu2 handle masalah kat sekolah? awat bijak benor ni cikgu? nasib baik ada cikgu yang datang nak menenangkan keadaan tapi sudah terlewat. kan dah kena sedas. eh banyak jugak tu. agak2nya la kan, kalau si pelajar tak tumbuk cikgu tu, sampai bila orang ni nak merakam? 

dan apakah kesudahannya? pelajar tadi kompem kena punya. paling kurang gantung sekolah. kena buang? cikgu tuh pulak? naik pangkat sebab berjaya buang pelajar bermasalah?




 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting